Tuesday, April 3, 2012

PETA-PETA AWAL TENTANG SEJARAH KITA


A 15th century manuscript copy of the Ptolemy world map, reconstituted from Ptolemy's Geographia (circa 150), indicating the countries of " Serica" and "Sinae" (China) at the extreme east, beyond the island of "Taprobane" (Sri Lanka, oversized) and the "Aurea Chersonesus" ( Malay Peninsula


Mari kita menelusuri peta-peta terawal dunia kita "DUNIA MELAYU" . Tujuannya untuk melihat bagaimana perhatian dunia barat terhadap kita. Bagaimana mereka menanggapi kita. Mereka menamakan bumi kita SEMENANJONG EMAS.

Dihujung benua Asia ada sebuah tempat yang dinamai Aurea Chersonesus dalam bahasa Yunani yang bermaksud Semenanjong Emas. Orang India menggelarnya SUVARNA BHUMI yang juga bermaksud demikian. Orang Melayu mengenali India sebagai Benua Keling .China dengan nama Tiongkok, Tongsan atau Benua China.Orangnya sebagai Tionghua.

Kita telah mengenali dunia Sebagai Alam Melayu.Kita adalah bangsa pelaut yang daerah jangkauannya paling luas di dunia. Dari Tanah Melayu meredah ke Lautan Hindi hingga ke Pulau Madagaskar di Afrika di sebelah baratnya. Dari pantai Timur meredah Lautan Pasifik hingga ke Hawaii. Begitu juga ke Selatan hingga ke Australia dan New Zealand. Betapa luasnya jangkauan kita.

Kita pernah menjadi bangsa yang besar sebelum penjajah tiba. Buktinya tinggalan tamadun yang besar seperti Kerajaan Champa.Seri Wijaya, Empayar Siam ,Kedah dan Pattani, Kesultanan Melaka,Kerajaan Brunei,Sulu. Mindanao dan banyak lagi. Marilah kita mengenali dunia kita.

Sempadannya ke utara sehingga ke sempadan China iaitu di perbatasan Yunan. Penduduk Taiwan asalnya peribumi Alam Melayu. Ke selatan tidak terjangkau meliputi pulau-pulau di Lautan Pasifik. Namun tumpuannya ialah di Alam Melayu pusat kerajaan yang besar yang berinteraksi dengan dunia luar.

Kita adalah satu bangsa yang besar.Kalau mengikut warna kulit , Melayu Polinesia adalah salah satu rupa bangsa yang terbesar.Itu mengikut kajian Profesor Hashim Wan Teh yang menggolongkan Melayu dalam kumpulan berkulit Sawo Matang. Kita memiliki ciri yang tersendiri sebagai satu bangsa yang besar dan diminan di dunia.

Ada bangsa Semitik (Arab,Yahudi ) berkulit cokelat

Bangsa Kaukasoid berkulit putih menjadi bangsa- bangsa di Eropah

Bangsa China Monggoloid yang berkulit kuning

Bangsa Negroid yang berkulit hitam

Bangsa Red India yang berkulit merah

Bangsa Melayu Polynesia yang berkulit sawo matang

Kita harus berbangga kerana merupakan salah satu bangsa yang menjadi teras bangsa di dunia. Memiliki keistimemaan yang tersendiri.Berada di belahan dunia yang paling makmur.