Monday, December 31, 2012

Peta Terawal Pulau Pinang pada 1799


Peta terawal P.Pinang di Tanjong Penaga kawasan sekitar Padang Kota atau dalam bahasa lama di sebut Padang Renung.Saksikan ada sawah padi di kiri kanan Penang Road, Wujud makam, masjid Melayu dan bandar Melayu.Inilah bukti wujudnya petempatan Melayu sebelum ketibaan Inggeris.Tempat yang mejadi asas George Town telah dibuka oleh Datuk Nakhoda Ismail atau Nakhoda Kecil,  50 tahun sebelum ketibaan nggeris sekitar tahun 1740an .Catatan nama Datuk Nakhoda Kecil wujud di Masjid Jamik Jelutong


File:The Map of Early Penang Showing the Malay Town on the South of the Town Center by Popham 1799.jpg

Friday, December 21, 2012

PETA MENUNJUKKAN EMPAYAR NEGARA SIAM

>>PETA JAJAHAN EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM NAGARA KEDAH PADA TAHUN 1730.
 Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan kawasan Benua Islam Siam Nagara Kedah sebelum ia ditawan oleh puak Alaungphaya Buddha dari Burma dalam tahun 1767. Peta ini banyak tersebar tetapi kita menyangkakan ia menunjukkan negara Thailand dizaman dahulu. Ini tidak benar kerana ORANG SIAM BUKANYA ORANG THAI. Orang Siam beragama Islam sementara orang Thai dari bangsa Sukhothai, beragama Thevarada Buddha. Peta ini meluas hingga ke Pulau Jawa. Sekiranya kita renungkan kembali, bila masa pula dalam sejarah orang-orang thai sampai ke situ, melainkan orang-orang siam Islam dari rumpun Melayu.

Penduduk Islam di Yunan China

Penduduk Islam di Yunan China

Masjid Xinjiang

Masjid Xinjiang
Pintu masuk masjid asal zaman Sai tee sung. Xinjiang bermaksud naik jangkah.

Tulisan khat pada Masjid Quanzhou di Xinjiang

Tulisan khat pada Masjid Quanzhou di Xinjiang
menggunakan teknik pahat batu

IMAM MUDA DARI NEGARA CHINA

IMAM MUDA DARI NEGARA CHINA
Lawatan Imam muda China ke PERKIM di Malaysia

MASYARAKAT ISLAM DI XINJIANG, CHINA

MASYARAKAT ISLAM DI XINJIANG, CHINA
Wajah-wajah masyarakat Islam disana. Sate memang menjadi makanan kegemaran orang Melayu. Ramai yakin dan percaya bahawa makanan ini berasal dari nusantara atau lebih khusus lagi Malaysia. Sejarah ada mengatakan orang Melayu berasal dari Yunan@Funan di negeri China. Sudah pasti apabila berhijrah kesini mereka membawa gaya hidup bertamadun mereka seperti menanam padi, termasuklah juga resipi masakan dan pemakanan mereka.

Sate di Xian China

Sate di Xian China
Penjualan Sate @ Kebab yang ‘spicy ‘ @ pedas masih dijalankan dipasar malam disana. Click on the picture to see the link.

WANITA YUNAN

WANITA YUNAN
Jangan kata makanan seperti sate dan mee kari terdapat disana malah wanita muda disana memakai batik sepertimana wanita Melayu di Malaysia

LAGI GAMBAR MASJID DI INDONESIA

LAGI GAMBAR MASJID DI INDONESIA

Masjid Tengkera@Tanquerah, Melaka

Masjid Tengkera@Tanquerah, Melaka
Jelas senibina China Islam

Masjid Sumenep, Pulau Madura, Indonesia

Masjid Sumenep, Pulau Madura, Indonesia
Dibina dalam tahun 1787 berekabentukkan senibina China


Tuesday, April 3, 2012

PETA-PETA AWAL TENTANG SEJARAH KITA


A 15th century manuscript copy of the Ptolemy world map, reconstituted from Ptolemy's Geographia (circa 150), indicating the countries of " Serica" and "Sinae" (China) at the extreme east, beyond the island of "Taprobane" (Sri Lanka, oversized) and the "Aurea Chersonesus" ( Malay Peninsula


Mari kita menelusuri peta-peta terawal dunia kita "DUNIA MELAYU" . Tujuannya untuk melihat bagaimana perhatian dunia barat terhadap kita. Bagaimana mereka menanggapi kita. Mereka menamakan bumi kita SEMENANJONG EMAS.

Dihujung benua Asia ada sebuah tempat yang dinamai Aurea Chersonesus dalam bahasa Yunani yang bermaksud Semenanjong Emas. Orang India menggelarnya SUVARNA BHUMI yang juga bermaksud demikian. Orang Melayu mengenali India sebagai Benua Keling .China dengan nama Tiongkok, Tongsan atau Benua China.Orangnya sebagai Tionghua.

Kita telah mengenali dunia Sebagai Alam Melayu.Kita adalah bangsa pelaut yang daerah jangkauannya paling luas di dunia. Dari Tanah Melayu meredah ke Lautan Hindi hingga ke Pulau Madagaskar di Afrika di sebelah baratnya. Dari pantai Timur meredah Lautan Pasifik hingga ke Hawaii. Begitu juga ke Selatan hingga ke Australia dan New Zealand. Betapa luasnya jangkauan kita.

Kita pernah menjadi bangsa yang besar sebelum penjajah tiba. Buktinya tinggalan tamadun yang besar seperti Kerajaan Champa.Seri Wijaya, Empayar Siam ,Kedah dan Pattani, Kesultanan Melaka,Kerajaan Brunei,Sulu. Mindanao dan banyak lagi. Marilah kita mengenali dunia kita.

Sempadannya ke utara sehingga ke sempadan China iaitu di perbatasan Yunan. Penduduk Taiwan asalnya peribumi Alam Melayu. Ke selatan tidak terjangkau meliputi pulau-pulau di Lautan Pasifik. Namun tumpuannya ialah di Alam Melayu pusat kerajaan yang besar yang berinteraksi dengan dunia luar.

Kita adalah satu bangsa yang besar.Kalau mengikut warna kulit , Melayu Polinesia adalah salah satu rupa bangsa yang terbesar.Itu mengikut kajian Profesor Hashim Wan Teh yang menggolongkan Melayu dalam kumpulan berkulit Sawo Matang. Kita memiliki ciri yang tersendiri sebagai satu bangsa yang besar dan diminan di dunia.

Ada bangsa Semitik (Arab,Yahudi ) berkulit cokelat

Bangsa Kaukasoid berkulit putih menjadi bangsa- bangsa di Eropah

Bangsa China Monggoloid yang berkulit kuning

Bangsa Negroid yang berkulit hitam

Bangsa Red India yang berkulit merah

Bangsa Melayu Polynesia yang berkulit sawo matang

Kita harus berbangga kerana merupakan salah satu bangsa yang menjadi teras bangsa di dunia. Memiliki keistimemaan yang tersendiri.Berada di belahan dunia yang paling makmur.